GAMBAR RAJAH 13.1f: PELEPASAN PERCUMA DARIPADA GRIN SALAH
- Apabila terdapat gangguan dari grin salah, pelepasan percuma mesti diambil dan pemain mesti mengambil pelepasan penuh.
- Gambar rajah mengandaikan pemain bertangan kanan.
- Bola A berada di grin salah, dan titik pelepasan penuh terdekat untuk Bola A ialah P1, ianya mesti berada dalam kawasan lapangan yang sama bola asal menetap (dalam kes ini, kawasan umum).
- Kawasan pelepasan adalah satu panjang klab dari titik rujukan, tidak lebih dekat lubang dibandingkan dengan titik rujukan dan mesti berada dalam kawasan lapangan yang sama dengan titik rujukan tersebut, P1.