Print Section
2
Lapangan
Tujuan Peraturan: Peraturan 2 memperkenalkan perkara asas yang patut diketahui oleh setiap pemain mengenai lapangan:
  • Terdapat lima kawasan lapangan yang telah ditetapkan, dan
  • Terdapat beberapa objek atau keadaan yang telah ditetapkan yang boleh mengganggu permainan.
Penting untuk mengetahui kawasan lapangan tempat bola berada, status objek dan keadaan yang mengganggu permainan kerana objek dan keadaan tersebut sering mempengaruhi pilihan pemain untuk bermain bola atau mengambil pelepasan.
2
Lapangan
2.1

Sempadan Lapangan dan Luar Sempadan

Golf dimainkan di lapangan yang sempadannya ditentukan oleh Jawatankuasa. Kawasan yang tidak berada di lapangan adalah di luar sempadan.
2.2

Kawasan Lapangan yang Ditetapkan

Terdapat lima kawasan lapangan.
2.2a

Kawasan Umum

Kawasan umum merangkumi seluruh lapangan kecuali empat kawasan lapangan spesifik yang diterangkan dalam Peraturan 2.2b. Kawasan tersebut dipanggil “kawasan umum” kerana:
  • Kawasan tersebut merangkumi sebahagian besar lapangan dan merupakan tempat bola pemain sering dimainkan sehingga bola tersebut sampai di grin.
  • Kawasan tersebut termasuk setiap rupa bentuk tanah dan objek yang tumbuh atau melekat di kawasan itu, seperti fairway, rumput tebal dan pokok.
2.2b

Empat Kawasan Spesifik

Peraturan tertentu diguna pakai secara spesifik untuk empat kawasan lapangan yang tidak berada di kawasan umum:
2.2c

Menentukan Kawasan Lapangan Tempat Bola Berada

Kawasan lapangan tempat bola berada mempengaruhi Peraturan yang diguna pakai semasa bermain bola atau mengambil pelepasan. Bola dianggap berada di suatu kawasan lapangan:
  • Jika sebahagian daripada bola berada di kawasan umum dan salah satu daripada empat kawasan lapangan spesifik, bola tersebut dianggap berada di kawasan lapangan spesifik itu.
  • Jika sebahagian daripada bola berada di dua kawasan lapangan spesifik, bola tersebut dianggap berada di kawasan spesifik mengikut aturan seperti yang berikut: kawasan penalti, bunker, grin.
2.3

Objek atau Keadaan yang Boleh Mengganggu Permainan

Peraturan tertentu mungkin membenarkan pelepasan percuma (pelepasan tanpa penalti) daripada gangguan yang disebabkan oleh objek atau keadaan tertentu yang ditetapkan seperti yang berikut:
  • Rintangan terlerai (Peraturan 15.1),
  • Halangan boleh alih (Peraturan 15.2), dan
  • Keadaan lapangan tidak normal, iaitu lubang haiwan, kawasan sedang dibaiki, halangan tidak boleh alih dan air sementara (Peraturan 16.1).
Tetapi tiada pelepasan percuma daripada objek sempadan atau objek integral yang mengganggu permainan.
2.4

Zon Larangan Bermain

Zon larangan bermain ditetapkan sebagai sebahagian daripada keadaan lapangan tidak normal (lihat Peraturan 16.1f) atau kawasan penalti (lihat Peraturan 17.1e) yang tidak membenarkan permainan. Pemain mesti mengambil pelepasan apabila:
  • Bola mereka berada dalam zon larangan bermain, atau
  • Zon larangan bermain mengganggu kawasan posisi sedia atau kawasan ayunan yang diniatkan oleh pemain semasa bermain bola di luar zon larangan bermain tersebut (lihat Peraturan 16.1f dan 17.1e).
Lihat Prosedur Jawatankuasa, Seksyen 5I(2) (Kod Kelakuan boleh memberitahu pemain untuk berada sepenuhnya di luar zon larangan bermain). 
EXPLORE MORE
Rule 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Read more