Seksyen Cetak
15
Pelepasan daripada Rintangan Terlerai dan Halangan Boleh Alih (Termasuk Bola atau Penanda Bola Membantu atau Menganggu Permainan)
Tujuan Peraturan: Peraturan 15 merangkumi bila dan bagaimana pemain boleh mengambil pelepasan daripada rintangan terlerai dan halangan boleh alih.
  • Benda semula jadi dan objek buatan ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada cabaran apabila bermain lapangan tersebut, dan pemain biasanya dibenarkan untuk mengalihkan objek tersebut apabila ia menggangu permainan.
  • Tetapi pemain perlu berhati-hati semasa mengalihkan rintangan terlerai yang berdekatan dengan bola di luar grin, kerana terdapat penalti jika mengalihkannya menyebabkan bola beralih.
15
Pelepasan daripada Rintangan Terlerai dan Halangan Boleh Alih (Termasuk Bola atau Penanda Bola Membantu atau Menganggu Permainan)
15.1

Rintangan Terlerai

15.1a

Pelepasan Halangan Boleh Alih

Tanpa penalti, pemain boleh mengalihkan rintangan terlerai di mana-mana tempat di dalam dan di luar lapangan tanpa penalti, dan boleh melakukannya dengan apa-apa cara (seperti dengan menggunakan tangan atau kaki, menggunakan klab atau peralatan lain, mendapatkan bantuan daripada individu lain atau mematahkan sebahagian daripada rintangan terlerai). Tetapi terdapat dua pengecualian: Pengecualian 1 – Mengalihkan Rintangan Terlerai di Tempat Bola Mesti Diletakkan Semula: Sebelum meletakkan semulabola yang telah diangkatkan atau dialihkan dari mana-mana tempat kecuali grin:
  • Pemain mesti tidak sengaja mengalihkan rintangan terlerai. Jika dialihkan sebelum bola diangkatkan atau dialihkan, mungkin akan menyebabkan bola tersebut beralih.
  • Jika pemain berbuat demikian, mereka dikenakan satu pukulan penalti, tetapi rintangan terlerai yang dialihkan tersebut tidak perlu diletakkan semula.
Pengecualian ini diguna pakai semasa pusingan dan ketika permainan dihentikan di bawah Peraturan 5.7a. Ia tidak diguna pakai untuk rintangan terlerai yang tiada ditempat tersebut sebelum bola diangkatkan atau dialihkan atau rintangan terlerai yang dialihkan akibat menanda tempat bola, mengangkat atau meletakkan semula bola atau menyebabkan bola beralih Pengecualian 2 – Sekatan Terhadap Tindakan Sengaja Mengalihkan Rintangan Terlerai untuk Mempengaruhi Bola Dalam Pergerakan (lihat Peraturan 11.3).
15.1b

Bola Beralih Apabila Mengalihkan Rintangan Terlerai

Bola Beralih Apabila Mengalihkan Rintangan Terlerai:
  • Bola tersebut mesti diletakkan semula di tempat asal (jika tidak diketahui mesti dianggarkan) (lihat Peraturan 14.2).
  • Jika bola yang dialihkan tersebut menetap di mana-mana tempat kecuali di grin (lihat Peraturan 13.1d) atau dalam kawasan ti (lihat Peraturan 6.2b(6)), pemain dikenakan satu pukulan penalti di bawah Peraturan 9.4b, kecuali apabila Peraturan 7.4 diguna pakai (tiada penalti bola beralih semasa mencari) atau apabila pengecualian lain Peraturan 9.4b diguna pakai.
Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 15.1: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
15.2

Halangan Boleh Alih

Peraturan ini merangkumi pelepasan percuma yang dibenarkan daripada objek buatan yang menepati definisi halangan boleh alih. Ia tidak memberikan pelepasan daripada halangan tidak boleh alih (jenis pelepasan percuma yang berlainan dibenarkan di bawah Peraturan 16.1) atau objek sempadan atau objek integral (tiada pelepasan percuma dibenarkan).
15.2a

Pelepasan Halangan Boleh Alih

(1) Mengalihkan Halangan Boleh Alih. Tanpa penalti, pemain boleh mengalihkan halangan boleh alih yang berada di mana-mana tempat di dalam atau luar lapangan dan boleh melakukannya dengan apa-apa cara. Tetapi terdapat dua pengecualian: Pengecualian 1 – Penanda Ti Mesti Tidak Dialihkan Apabila Bola Akan Dimainkan dari Kawasan Ti (lihat Peraturan 6.2b(4) dan 8.1a(1)). Pengecualian 2 – Sekatan Terhadap Tindakan Sengaja Mengalihkan Halangan Boleh Alih Mempengaruhi Bola dalam Pergerakan (lihat Peraturan 11.3). Jika bola pemain beralih ketika mereka mengalihkan halangan boleh alih:
  • Tiada penalti, dan
  • Bola mesti diletakkan semula di tempat asal (jika tidak diketahui mesti dianggarkan) (lihat Peraturan 14.2).
(2) Pelepasan Apabila Bola Berada di Dalam atau di Atas Halangan Boleh Alih di mana-mana Tempat di Lapangan Kecuali di Grin. Pemain boleh mengambil pelepasan percuma dengan mengangkat bola, mengalihkan halangan boleh alih dan menjatuhkan bola asal atau bola lain dalam kawasan pelepasan ini (lihat Peraturan 14.3):
  • Titik Rujukan: Titik anggaran yang berada betul-betul di bawah tempat bola menetap di dalam atau di atas halangan boleh alih tersebut.
  • Saiz Kawasan Pelepasan Diukur dari Titik Rujukan: Satu panjang klab, tetapi dengan had yang berikut:
  • Had Tempat Kawasan Pelepasan:
    • Mesti berada dalam kawasan lapangan yang sama dengan titik rujukan, dan
    • Mesti tidak lebih dekat lubang dibandingkan dengan titik rujukan.
(3) Pelepasan Apabila Bola Berada di Dalam atau di Atas Halangan Boleh Alih di Grin. Pemain boleh mengambil pelepasan percuma dengan:
  • Mengangkat bola dan mengalihkan halangan boleh alih tersebut, dan
  • Meletakkan bola asal atau bola lain di tempat yang dianggarkan betul-betul di bawah tempat bola menetap di dalam atau di atas halangan boleh alih tersebut, menggunakan prosedur untuk meletakkan semula bola di bawah Peraturan 14.2b(2) dan 14.2e.
15.2b

Pelepasan Bola yang Tidak Dijumpai tetapi Berada Dalam atau Atas Halangan Boleh Alih

Jika bola pemain tidak dijumpai dan diketahui atau kelihatan pastibola tersebut menetap dalam atau di halangan boleh alih di lapangan, pemain boleh menggunakan pilihan pelepasan ini bukannya mengambil pelepasan pukulan dan jarak:
  • Pemain boleh mengambil pelepasan percuma di bawah Peraturan 15.2a(2) atau 15.2a(3), menggunakan titik rujukan yang dianggarkan betul-betul di bawah tempat terakhir bola melintasi had halangan boleh alih di lapangan sebagai titik rujukan.
  • Sebaik sahaja pemain memasukkan bola lain ke dalam permainan untuk mengambil pelepasan dengan cara ini:
    • Bola asal tidak lagi dalam permainan dan mesti tidak dimainkan.
    • Hal ini benar walaupun bola asal kemudiannya dijumpai di lapangan sebelum masa carian tiga minit berakhir (lihat Peraturan 6.3b).
Tetapi jika tidak diketahui atau kelihatan pastibahawa bola menetap di dalam atau di atas halangan boleh alih dan bola tersebut hilang, pemain mesti mengambil pelepasan pukulan dan jarak di bawah Peraturan 18.2. Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 15.2: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
15.3

Bola atau Penanda Bola Membantu atau Mengganggu Permainan

15.3a

Bola di Grin Membantu Permainan

Peraturan 15.3a diguna pakai hanya untuk bola tetap di grin, dan bukan mana-mana tempat lain di lapangan tersebut. Jika pemain percaya bola yang berada di grin mungkin akan membantu permainan mana-mana individu (seperti dijadikan sebagai penahan dekat lubang), pemain tersebut boleh:
  • Menandakan tempat bola dan mengangkatkannya di bawah Peraturan 13.1b jika bola tersebut milik mereka, atau jika bola tersebut milik pemain lain, menghendaki pemain lain untuk menandakan tempat itu dan mengangkatkan bola tersebut (lihat Peraturan 14.1).
  • Bola yang diangkatkan mesti diletakkan semula di tempat asal (lihat  Peraturan 14.2).
Hanya dalam permainan pukulan sahaja:
  • Pemain yang dikehendaki mengangkat bola boleh bermain terlebih dahulu, dan
  • Jika dua atau lebih pemain bersetuju untuk membiarkan bola di tempatnya untuk membantu mana-mana pemain, dan pemain itu kemudiannya melakukan pukulan dalam keadaan bola tersebut dibiarkan di tempatnya, setiap pemain yang membuat persetujuan tersebut dikenakan penalti umum (dua pukulan penalti).
Lihat Prosedur Jawatankuasa Seksyen 5J (panduan amalan terbaik untuk menghalang “penahan”).
15.3b

Bola Berada di Mana-Mana Tempat di Lapangan Mengganggu Permainan

(1) Maksud Gangguan Bola Pemain Lain. Gangguan di bawah Peraturan ini wujud apabila bola tetap pemain lain:
  • Mungkin mengganggu kawasan posisi sedia yang diniatkan atau kawasan ayunan yang diniatkan oleh pemain,
  • Berada di atas atau dekat dengan garis permainan pemain, berpandukan pukulan yang diniatkan, terdapat peluang munasabah bola dalam pergerakan pemain akan melanggar bola itu, atau
  • Terlalu dekat untuk mengganggu perhatian pemain semasa melakukan pukulan.
(2) Bila Pelepasan Dibenarkan daripada Bola yang Mengganggu. Jika pemain percaya bahawa bola pemain lain yang berada di mana-mana tempat di lapangan mungkin mengganggu permainannya:
  • Pemain boleh meminta pemain lain menandakan tempat dan mengangkatkan bola (lihat Peraturan 14.1), dan bola tersebut mesti tidak dibersihkan (kecuali apabila diangkatkan di grin di bawah Peraturan 13.1b) dan mesti diletakkan semula di tempat asal (lihat Peraturan 14.2).
  • Jika pemain lain tidak menandakan tempat bola sebelum mengangkatnya atau membersihkan bola yang telah diangkatkan apabila tidak dibenarkan, mereka dikenakan satu pukulan penalti.
  • Hanya dalam permainan pukulan sahaja, pemain yang dikehendaki untuk mengangkat bola mereka di bawah Peraturan ini boleh bermain terlebih dahulu.
Pemain tidak dibenarkan untuk mengangkat bola mereka di bawah Peraturan ini hanya berdasarkan pada kepercayaan pemain bahawa bola tersebut akan mengganggu permainan pemain lain. Jika pemain mengangkat bola mereka apabila tidak dikehendaki berbuat demikian oleh pemain lain (kecuali apabila mengangkat bola di grin mengikut Peraturan 13.1b), pemain tersebut dikenakan satu pukulan penalti.
15.3c

Penanda Bola Membantu atau Mengganggu Permainan

Jika penanda bola mungkin akan membantu atau mengganggu permainan, pemain boleh:
  • Mengalih penanda bola ke tempat lain jika milik mereka, atau
  • Jika penanda bola tersebut milik pemain lain, menghendaki pemain itu mengalihkan penanda bola tersebut ke tempat lain, atas alasan sama yang menghendaki mereka mengangkat bola di bawah Peraturan 15.3a dan 15.3b.
Penanda bola tersebut mesti dialihkan ke tempat baharu dengan mengukur dari tempat asal, seperti dengan menggunakan satu atau lebih ukuran kepala klab. Apabila mengalihkan semula penanda bola, pemain patut melakukan demikian dengan mengukur dari tempat baharu dan mengulang balik langkah yang digunakan untuk mengalihkan penanda bola tersebut.  Proses yang sama patut diguna pakai jika pemain mengalihkan bola yang menganggu dengan mengukur dari bola tersebut. Penalti Melanggar Peraturan 15.3: Penalti Umum . Penalti ini juga dikenakan jika pemain:
  • Melakukan pukulan tanpa menunggu bola atau penanda bola yang membantu diangkatkan atau dialihkan selepas menyedari bahawa pemain lain (1) berniat untuk mengangkat atau mengalihkannya di bawah Peraturan ini atau (2) menghendaki individu lain berbuat demikian, atau
  • Enggan mengangkat bola atau mengalihkan penanda bola mereka apabila dikehendaki berbuat demikian dan pukulan kemudiannya telah dilakukan oleh pemain lain yang permainannya mungkin telah dibantu atau diganggu oleh bola atau penanda bola tersebut.
Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 15.3: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
TEROKAI SELANJUTNYA
Peraturan 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Baca selanjutnya