Seksyen Cetak
19
Bola Tidak Boleh Dimainkan
Tujuan Peraturan: Peraturan 19 merangkumi beberapa pilihan pelepasan untuk bola tidak boleh dimainkan. Hal ini membenarkan pemain memilih pilihan yang akan digunakan – biasanya dengan satu pukulan penalti – untuk keluar daripada situasi sukar dari mana-mana tempat di lapangan (kecuali dalam kawasan penalti).
19
Bola Tidak Boleh Dimainkan
19.1

Pemain Boleh Memutuskan Untuk Mengambil Pelepasan Bola Tidak Boleh Dimainkan di Mana-mana Tempat Kecuali Kawasan Penalti

Hanya pemain yang boleh memutuskan sama ada bola mereka tidak boleh dimainkan dengan mengambil pelepasan penalti di bawah Peraturan 19.2 atau 19.3. Pelepasan bola tidak boleh dimainkan dibenarkan di mana-mana tempat di lapangan, kecuali dalam kawasan penalti. Jika bola tidak boleh dimainkan berada dalam kawasan penalti, satu-satunya pilihan pelepasan untuk pemain adalah mengambil pelepasan penalti di bawah Peraturan 17.
19.2

Pilihan Pelepasan Bola Tidak Boleh Dimainkan di Kawasan Umum atau di Grin

Pemain boleh mengambil pelepasan bola tidak boleh dimainkan dengan menggunakan salah satu daripada tiga pilihan dalam Peraturan 19.2a, b atau c, dengan mencampurkan satu pukulan penalti untuk setiap pilihan.
  • Pemain boleh mengambil pelepasan pukulan dan jarak di bawah Peraturan 19.2a walaupun bola asal tidak dijumpai dan dikenal pasti.
  • Tetapi untuk mengambil pelepasan sepanjang atas garisan belakang di bawah Peraturan 19.2b atau pelepasan lateral di bawah Peraturan 19.2c, pemain mesti mengetahui tempat bola asal tersebut.
19.2a

Pelepasan Pukulan dan Jarak

Pemain boleh bermain bola asal atau bola lain dari tempat pukulan sebelumnya dilakukan (lihat Peraturan 14.6).
19.2b

Pelepasan Sepanjang Atas Garisan Belakang

Pemain boleh menjatuhkan bola asal atau bola lain (lihat Peraturan 14.3) di belakang tempat bola asal, berpandukan tempat bola asal di antara lubang dan tempat bola tersebut dijatuhkan (tanpa had sejauh mana ke belakang bola boleh dijatuhkan). Tempat di atas garisan tempat bola menyentuh tanah apabila dijatuhkan mewujudkan kawasan pelepasan satu panjang klab dalam mana-mana arah dari titik itu, tetapi dengan had berikut:
  • Had Tempat Kawasan Pelepasan:
    • Mesti tidak lebih dekat lubang dari tempat bola asal, dan
    • Boleh berada dalam mana-mana kawasan lapangan, tetapi
    • Mesti berada dalam kawasan lapangan yang sama disentuh oleh bola apabila dijatuhkan.
19.2c

Pelepasan Lateral

Pemain boleh menjatuhkan bola asal atau bola lain dalam kawasan pelepasan lateral ini (lihat Peraturan 14.3):
  • Titik Rujukan: Tempat bola asal. Tetapi apabila bola berada tinggi dari permukaan tanah, seperti di atas pokok, titik rujukan adalah tempat betul-betul di bawah bola tersebut di atas tanah. 
  • Saiz Kawasan Pelepasan Diukur dari Titik Rujukan: Dua panjang klab, tetapi dengan had yang berikut:
  • Had Tempat Kawasan Pelepasan:
    • Mesti tidak berada lebih dekat lubang dibandingkan dengan titik rujukan, dan
    • Boleh berada dalam mana-mana kawasan lapangan, tetapi
    • Jika terdapat lebih daripada satu kawasan lapangan dalam lingkungan dua panjang klab dari titik rujukan tersebut, bola mesti menetap di kawasan pelepasan dalam kawasan lapangan yang sama bola menyentuh tanah apabila bola dijatuhkan di kawasan pelepasan tersebut.
Lihat Peraturan 25.4m (untuk pemain yang menggunakan alat pergerakan beroda, Peraturan 19.2c diubahsuai untuk memperluaskan kawasan pelepasan lateral kepada empat panjang klab). Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 19.2: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
19.3

Pilihan Pelepasan Bola Tidak Boleh Dimainkan Dalam Bunker

19.3a

Pilihan Pelepasan Biasa (Satu Pukulan Penalti)

Apabila bola pemain berada dalam bunker:
  • Pemain boleh mengambil pelepasan bola tidak boleh dimainkan untuk satu pukulan penalti menggunakan apa-apa pilihan dalam Peraturan 19.2, kecuali:
  • Bola mesti dijatuhkan dan menetap di kawasan pelepasan di dalam bunker tersebut jika pemain mengambil pelepasan sepanjang atas garisan belakang (lihat Peraturan 19.2b) atau pelepasan lateral (lihat Peraturan 19.2c).
19.3b

Pilihan Pelepasan Tambahan (Dua Pukulan Penalti)

Sebagai pilihan pelepasan tambahan apabila bola pemain berada di dalam bunker, untuk jumlah dua pukulan penalti, pemain boleh mengambil pelepasan sepanjang atas garisan belakang di luar bunker tersebut di bawah Peraturan 19.2b. Lihat Peraturan 25.4n (untuk pemain yang menggunakan alat pergerakan beroda, pilihan pelepasan tambahan sepanjang atas garisan belakang dalam Peraturan 19.3b dikurangkan kepada satu pukulan penalti). Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 19.3: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
TEROKAI SELANJUTNYA
Peraturan 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Baca selanjutnya