Seksyen Cetak
9
Bola Dimainkan Di Kedudukannya; Bola Di Kedudukan Tetap Diangkat atau Dialihkan
Tujuan Peraturan: Peraturan 9 merangkumi prinsip asas permainan: “bermain bola di kedudukannya”.
  • Jika bola pemain berada tetap dan kemudiannya dialihkan oleh kuasa semula jadi seperti angin atau air, pemain biasanya mesti bermain bola dari tempat baharu.
  • Jika bola tetap diangkatkan atau dialihkan oleh individu atau pengaruh luar sebelum pukulan dilakukan, bola tersebut mesti diletakkan semula di tempat asal.
  • Pemain patut berhati-hati apabila berada dekat dengan bola tetap, dan pemain yang menyebabkan bola mereka atau bola pemain lawan beralih biasanya dikenakan penalti (kecuali di grin).
9
Bola Dimainkan Di Kedudukannya; Bola Di Kedudukan Tetap Diangkat atau Dialihkan
Peraturan 9 diguna pakai untuk bola dalam permainan yang berada tetap di lapangan, dan Peraturan ini diguna pakai semasa pusingan dan ketika permainan dihentikan di bawah Peraturan 5.7a.
9.1

Bola Dimainkan di Kedudukannya

9.1a

Bermain Bola di Tempat Bola Menetap

Bola tetap pemain di lapangan mesti dimainkan di kedudukannya, kecuali apabila Peraturan menghendaki atau membenarkan pemain:
  • Bermain bola dari tempat lain di lapangan, atau
  • Mengangkat dan meletakkan semulabola di tempat asal.
9.1b

Apa Patut Dilakukan Apabila Bola Beralih Semasa Ayunan Belakang atau Pukulan

Jika bola tetap pemain mula beralih selepas pemain memulakan pukulan atau ayunan belakang pukulan dan pemain meneruskan pukulan tersebut:
  • Bola mesti tidak diletakkan semula, tidak kira apa yang telah menyebabkan bola tersebut beralih.
  • Sebaliknya, pemain mesti bermain bola di tempat bola menetap selepas pukulan tersebut.
  • Jika pemain telah menyebabkan bola tersebut beralih, lihat Peraturan 9.4b untuk menentukan jika terdapat penalti.
Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 9.1: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
9.2

Memutuskan Sama ada Bola Telah Beralih dan Apa Menyebabkan Bola Beralih

9.2a

Memutuskan Sama ada Bola Beralih

Bola tetap pemain dianggap beralih hanya jika diketahui atau kelihatan pasti bola tersebut telah beralih. Jika bola berkemungkinan telah beralih tetapi tidak diketahui atau kelihatan pasti, bola tersebut dianggap tidak beralih dan mesti dimainkan di kedudukannya.
9.2b

Memutuskan Apa Menyebabkan Bola Beralih

Apabila bola tetap pemain telah beralih:
  • Mesti diputuskan sebab bola tersebut beralih.
  • Hal ini menentukan sama ada pemain mesti meletakkan semula bola tersebut atau bermain bola di kedudukannya dan sama ada terdapat penalti
(1) Empat Kemungkinan Sebab. Peraturan mengiktiraf hanya empat kemungkinan yang menyebabkan bola tetap beralih sebelum pemain melakukan pukulan:
  • Kuasa semula jadi, seperti angin atau air (lihat Peraturan 9.3),
  • Tindakan pemain, termasuk tindakan kedi pemain (lihat Peraturan 9.4),
  • Tindakan pemain lawan dalam permainan lawan, termasuk tindakan kedi pemain lawan (lihat Peraturan 9.5), atau
  • Pengaruh luar, termasuk pemain lain dalam permainan pukulan (lihat Peraturan 9.6).
Lihat Peraturan 22.2 (dalam Empatan, mana-mana pemain rakan boleh bertindak untuk regu dan tindakan pemain rakan tersebut dianggap sebagai tindakan pemain); 23.5 (dalam  Empat Bola, mana-mana pemain rakan boleh bertindak untuk regu dan tindakan pemain rakan tersebut yang melibatkan bola atau peralatan pemain dianggap sebagai tindakan pemain). (2) Standard “Diketahui atau Kelihatan Pasti” Memutuskan Sebab Bola Beralih.
  • Pemain, pemain lawan atau pengaruh luar dianggap telah menyebabkan bola beralih hanya jika diketahui atau kelihatan pasti mereka adalah penyebabnya.
  • Jika tidak diketahui atau kelihatan pasti bahawa sekurang-kurangnya salah satu daripada di atas adalah penyebabnya, bola tersebut dianggap telah dialihkan oleh kuasa semula jadi.
Untuk mengguna pakai standard ini, semua maklumat wajar mesti dipertimbangkan, bermaksud semua maklumat yang diketahui atau boleh diperolehi dengan usaha yang berpatutan oleh pemain dan tanpa melengahkan permainan.
9.3

Bola Dialihkan oleh Kuasa Semula Jadi

Jika kuasa semula jadi (seperti angin atau air) menyebabkan bola tetap pemain beralih:
  • Tiada penalti, dan
  • Bola tersebut mesti dimainkan dari tempat baharu.
Pengecualian 1 – Bola di Grin Mesti Diletakkan Semula Jika Bola Beralih Selepas Diangkatkan dan Diletakkan Semula (lihat Peraturan 13.1d): Jika bola pemain di grin beralih selepas pemain mengangkat dan meletakkannya semula di tempat bola tersebut kemudiannya beralih:
  • Bola mesti diletakkan semula di tempat asal (jika tidak diketahui mesti dianggarkan) (lihat Peraturan 14.2).
  • Hal ini benar tidak kira apa yang telah menyebabkan bola tersebut beralih (termasuk kuasa semula jadi).
Pengecualian 2 – Bola Tetap Mesti Diletakkan Semula Jika Bola Beralih ke Kawasan Lapangan Lain atau Keluar Sempadan Selepas Dijatuhkan, Diletakkan atau Diletakkan Semula: Jika pemain memasukkan bola asal atau bola lain ke dalam permainan dengan menjatuhkan, meletakkan atau meletakkan semula , dan kuasa semula jadi menyebabkan bola tetap beralih dan menetap dalam kawasan lapangan lain atau keluar sempadan, bola tersebut mesti diletakkan semula di tempat asalnya (jika tidak diketahui mesti dianggarkan) (lihat Peraturan 14.2). Tetapi untuk bola di grin yang telah diletakkan semula, lihat Pengecualian 1. Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 9.3: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
9.4

Bola Diangkat atau Dialihkan oleh Pemain

Peraturan ini diguna pakai hanya apabila diketahui atau kelihatan pastibahawa pemain (termasuk kedi pemain) telah mengangkat bola tetap pemain atau tindakan kedi menyebabkan bola pemain beralih.
9.4a

Bila Bola yang Diangkatkan atau Dialihkan Mesti Diletakkan Semula

Jika pemain mengangkat bola tetap atau menyebabkan bola mereka beralih, bola tersebut mesti diletakkan semula di tempat asalnya (jika tidak diketahui mesti dianggarkan) (lihat Peraturan 14.2), kecuali:
  • Apabila pemain mengangkat bola di bawah Peraturan untuk mengambil pelepasan atau meletakkan semula bola tersebut di tempat lain (lihat Peraturan 14.2d dan 14.2e), atau
  • Apabila bola beralih hanya selepas pemain telah memulakan pukulan atau ayunan belakang untuk suatu pukulan dan kemudiannya meneruskan pukulan tersebut (lihat Peraturan 9.1b).
9.4b

Penalti Mengangkat atau Menyentuh Bola Dengan Sengaja atau Menyebabkan Bola Beralih

Jika pemain mengangkat atau menyentuh bola tetap mereka dengan sengaja atau menyebabkan bola beralih, pemain dikenakan satu pukulan penalti. Tetapi terdapat lima pengecualian: Pengecualian 1 – Pemain Dibenarkan untuk Mengangkat atau Mengalihkan Bola: Tiada penalti apabila pemain mengangkat bola atau menyebabkan bola beralih di bawah Peraturan yang:
  • Membenarkan bola diangkat dan diletakkan semula di tempat asal,
  • Menghendaki bola yang telah beralih diletakkan semula di tempat asal, atau
  • Menghendaki atau membenarkan pemain menjatuhkan atau meletakkan bola sekali lagi atau bermain bola dari tempat lain.
Pengecualian 2 – Bola Beralih Dengan Tidak Sengaja Semasa Cuba Mencari atau Mengenal Pasti Bola: Tiada penalti apabila pemain dengan tidak sengaja menyebabkan bola beralih ketika cuba mengenal pasti bola tersebut (lihat Peraturan 7.4). Pengecualian 3 – Bola Beralih Dengan Tidak Sengaja di Grin: Tiada penalti apabila pemain dengan tidak sengaja menyebabkan bola beralih di grin (lihat Peraturan 13.1d), tidak kira bagaimana hal itu berlaku. Pengecualian 4 – Bola Beralih Dengan Tidak Sengaja di Mana-Mana Tempat Selain Dari Grin Ketika Mengguna Pakai Peraturan: Tiada penalti apabila pemain dengan tidak sengaja menyebabkan bola beralih di mana-mana tempat selain dari grin ketika mengambil tindakan wajar untuk:
  • Menanda tempat bola atau mengangkat atau meletakkan semula bola, apabila dibenarkan berbuat demikian (lihat Peraturan 14.1 dan 14.2),
  • Mengalih halangan boleh alih (lihat Peraturan 15.2),
  • Memulih keadaan bertambah buruk, apabila dibenarkan berbuat demikian (lihat Peraturan 8.1d ),
  • Mengambil pelepasan di bawah Peraturan, termasuk untuk menentukan sama ada terdapat pelepasan di bawah Peraturan (seperti mengayun klab untuk menentukan jika terdapat gangguan daripada sesuatu keadaan), atau tempat untuk mengambil pelepasan (seperti menentukan titik pelepasan penuh terdekat), atau
  • Mengukur di bawah Peraturan (seperti memutuskan giliran bermain di bawah Peraturan 6.4).
Pengecualian 5 – Bola Beralih Selepas Bersandar pada Pemain atau Peralatan: Tiada penalti jika, selepas bola pemain bersandar pada pemain atau peralatan mereka disebabkan oleh suatu pukulan (Peraturan 11.1) atau jatuhan bola (Peraturan 14.3c(1)), pemain menyebabkan bola tersebut beralih apabila mereka beralih atau apabila pemain mengalihkan peralatan mereka. Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 9.4: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a. Jika pemain dikehendaki untuk meletakkan semula bola yang telah beralih di bawah Peraturan 9.4 tetapi gagal untuk berbuat demikian dan bermain dari tempat salah, mereka dikenakan penalti umum di bawah Peraturan 14.7a (lihat Pengecualian Peraturan 1.3c(4)).
9.5

Bola Diangkat atau Dialihkan oleh Pemain Lawan Dalam Permainan Lawan

Peraturan ini diguna pakai hanya apabila diketahui atau kelihatan pasti bahawa pemain lawan (termasuk kedi pemain lawan) telah mengangkat bola tetap pemain atau tindakan kedi menyebabkan bola pemain beralih. Jika pemain lawan bermain bola pemain sebagai bola salah, hal ini dirangkumi oleh Peraturan 6.3c(1), bukan oleh Peraturan ini.
9.5a

Bila Bola yang Diangkatkan atau Dialihkan Mesti Diletakkan Semula

Jika pemain lawan mengangkat atau mengalihkan bola tetap pemain, bola tersebut mesti diletakkan semula di tempat asal (jika tidak diketahui mesti dianggarkan) (lihat Peraturan 14.2), kecuali:
  • Apabila pemain lawan memberikan kemenangan untuk pukulan yang berikutnya, lubang atau perlawanan tersebut (lihat Peraturan 3.2b), atau
  • Apabila pemain lawan mengangkat atau mengalihkan bola atas permintaan pemain yang berniat mengguna pakai Peraturan untuk mengambil pelepasan atau meletakkan semula bola di tempat lain.
9.5b

Penalti Mengangkat atau Menyentuh Bola Dengan Sengaja atau Menyebabkan Bola Beralih

Jika pemain lawan mengangkat atau dengan sengaja menyentuh bola tetap pemain atau menyebabkan bola beralih, pemain lawan tersebut dikenakan satu pukulan penalti. Tetapi terdapat beberapa pengecualian: Pengecualian 1 – Pemain Lawan Dibenarkan untuk Mengangkat Bola Pemain: Tiada penalti apabila pemain lawan mengangkat bola:
  • Apabila memberi kemenangan untuk pukulan yang berikutnya, lubang atau
  • perlawanan tersebut kepada pemain, atau Atas permintaaan pemain.
Pengecualian 2 – Tersalah Menanda dan Mengangkat Bola Pemain di Grin: Tiada penalti apabila pemain lawan menandakan tempat bola pemain dan mengangkat bola di grin kerana tersalah anggap bahawa bola tersebut milik mereka. Pengecualian 3 – Pengecualian yang Sama untuk Pemain: Tiada penalti apabila pemain lawan dengan tidak sengaja menyebabkan bola beralih ketika mengambil apa-apa tindakan yang dirangkumi oleh Pengecualian 2, 3, 4 atau 5 dalam Peraturan 9.4b. Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 9.5: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
9.6

Bola Diangkat atau Dialihkan oleh Pengaruh Luar

Jika diketahui atau kelihatan pasti bahawa pengaruh luar (termasuk pemain lain dalam permainan pukulan atau bola lain) telah mengangkat atau mengalihkan bola pemain:
  • Hal ini tiada penalti, dan
  • Bola mesti diletakkan semula di tempat asal (jika tidak diketahui mesti dianggarkan) (lihat Peraturan 14.2).
Hal ini diguna pakai sama ada bola pemain telah dijumpai atau tidak. Tetapi jika tidak diketahui atau kelihatan pasti bola telah diangkatkan atau dialihkan oleh pengaruh luar dan bola tersebut hilang, pemain mesti mengambil pelepasan pukulan dan jarak di bawah Peraturan 18.2. Jika bola pemain telah dimainkan sebagai bola salah oleh pemain lain, hal ini dirangkumi oleh Peraturan 6.3c(2), bukan oleh Peraturan ini. Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 9.6: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
9.7

Penanda Bola Diangkatkan atau Dialihkan

Peraturan ini merangkumi apa yang patut dilakukan jika penanda bola yang menanda tempat bola yang telah diangkatkan atau dialihkan sebelum bola tersebut diletakkan semula.
9.7a

Bola atau Penanda Bola Mesti Diletakkan Semula

Jika diketahui atau kelihatan pastipenanda bola pemain diangkatkan dan dialihkan dengan apa-apa cara (termasuk oleh kuasa semula jadi) sebelum bola diletakkan semula, pemain mesti sama ada:
  • Meletakkan semulabola di tempat asal (jika tidak diketahui mesti dianggarkan) (lihat Peraturan 14.2), atau
  • Meletakkan penanda bola untuk menanda tempat asal itu.
9.7b

Penalti Mengangkat Penanda Bola atau Menyebabkan Penanda Bola Beralih

Jika pemain, atau pemain lawan mereka dalam permainan lawan, mengangkat penanda bola pemain atau menyebabkan penanda bola tersebut beralih (apabila bola telah diangkatkan dan belum diletakkan semula), pemain atau pemain lawan dikenakan satu pukulan penalti. Pengecualian – PengecualianPeraturan 9.4b dan 9.5b Diguna Pakai kerana Mengangkat atau Mengalihkan Penanda Bola atau Menyebabkan Penanda Bola Beralih: Dalam semua kes pemain atau pemain lawan tidak dikenakan penalti kerana mengangkat bola pemain atau dengan tidak sengaja menyebabkan bola beralih, juga tiada penalti dikenakan kerana mengangkat atau dengan tidak sengaja mengalihkan penanda bola pemain. Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 9.7: Penalti umum di Bawah Peraturan 14.7a.
TEROKAI SELANJUTNYA
Peraturan 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Baca selanjutnya